Keperluan Bersalin: 13 Barang Perlu Ada dalam Beg Bersalin [Penting]

keperluan bersalin untuk ibu dan anak

Senarai semak keperluan bersalin paling penting perlu disediakan untuk kegunaan sewaktu di hospital untuk ibu dan anak.

Segala barang keperluan bersalin harus lengkap selewat-lewatnya pada usia kandungan ibu 36 minggu kehamilan.

Risau bila kehamilan melangkau 36 minggu, bila-bila masa sahaja ibu akan dimasukkan ke hospital jika terdapat tanda-tanda untuk bersalin.

Nanti tak sempat sediakan semuanya.

Sini kami senaraikan barang keperluan masuk wad yang paling MINIMUM & PENTING sebagai persediaan bersalin.

Ini termasuk barang baby dan juga barang ibu.

TIPS: Bila dah lengkap nanti terus simpan siap-siap dalam kereta, agar tak kalut bila tiba masanya ?.

Keperluan Bersalin – Ibu ?

Berikut merupakan senarai keperluan untuk ibu:

1Buku Kehamilan

Pastikan anda bawa buku kehamilan ibu anda dan simpan dengan elok di bahagian paling mudah dicapai.

Nanti bila diminta oleh petugas di wad tidaklah anda tercari-cari di mana buku tersebut.

2Kad Pengenalan Diri

Tanpa kad pengenalan diri anda, proses pendaftaran masuk wad akan menjadi sukar.

3Sejumlah Duit yang Cukup

Kenapa perlu bawa duit?

Ini untuk tujuan kecemasan.

Ada sesetengah hospital akan kenakan cas pembayaran untuk proses bersalin.

Selain itu, duit ini juga anda boleh gunakan sejurus selepas keluar hospital untuk membeli apa-apa keperluan dan ini akan menyenangkan anda yang baru bersalin.

4Bra / Pad Penyusuan

Jangan lupa bawa sekali bra menyusu yang lembut dan sesuai dengan anda.

Sekurangnya anda kena ada 3 pasang bra penyusuan untuk keselesaan anda ketika menyusu.

Pad penyusuan digunakan sekiranya air susu anda terlalu kerap mengalir.

5Selipar dan Stoking

Untuk keselesaan ibu baru bersalin, elok menggunakan stokin untuk mengelakkan kesejukan.

Manakala untuk selipar pula bagi keselesaan ibu ke tandas sebab lantai wad biasanya akan ada sedikit licin.

6Seluar dalam dan pad wanita bersalin

Sediakan seluar dalam dan pad wanita bersalin secukupnya.

Selepas bersalin, adalah normal untuk ibu mengalami pendarahan yang dikenali sebagai darah nifas.

Jika ibu selesa, boleh juga menggunakan seluar dalam jenis pakai buang (disposable).

(Guna seluar dalam yang menutupi hingga aras pusat ke atas untuk ibu yang melahirkan anak secara pembedahan)

7Kelengkapan Mandian / Kebersihan Diri

Kelengkapan kebersihan diri yang asas seperti pencuci muka, sabun, berus gigi dan ubat gigi jangan dilupa.

Masukkan juga sekali pin rambut atau getah rambut untuk keselesaan rambut.

8Pakaian Keluar Wad dan Tuala Saiz Sederhana

Pastikan pakaian digunakan adalah selesa dan jenis menyerap peluh serta tidak terlalu ketat pada tubuh.

Sebolehnya menggunakan pakaian yang sesuai untuk menyusukan bayi (nursing dress, nursing blouse).

Tuala pula sediakan yang bersaiz sederhana sahaja untuk keperluan di wad.

9Makanan

Makanan ringkas yang boleh memberikan tenaga contonhya: Biskut dan buah kurma.

Proses bersalin menggunakan banyak tenaga.

Makanan seperti biskut dan buah kurma ini mampu mengembalikan kecergasan tubuh ibu.

Seterusnya untuk bayi pula:

Keperluan Bersalin – Bayi ?

Yang senarai ini pula untuk keperluan bayi anda:

10Pampers/lampin bayi

Sediakan pampers dalam beberapa helaian dahulu (Beli pek kecil) untuk tujuan kegunaan sewaktu di hospital sahaja.

(Agar beg tak terlalu besar)

Pampers bayi disediakan mengikut anggaran berat lahir bayi.

Pilih pampers yang sesuai untuk bayi (jenis newborn, bawah 5kg) jenama yang sesuai – tidak menyebabkan ruam.

Bagi yang selesa menggunakan lampin bayi, pastikan lampin bayi yang dipilih sesuai untuk saiz bayi serta bersih.

11Bendung bayi

Bendung bayi untuk memastikan bayi kemas digendong dan lebih selesa.

Sangat sesuai / berguna untuk suasana wad yang sejuk.

12Pakaian bayi

set lengkap baju, seluar, sarung kaki, sarung tangan dan juga topi bayi.

Sediakan salinan pakaian bayi yang lengkap mengikut anggaran berapa lama berada di wad.

Untuk selamat sediakan sebanyak 6 pasang set pakaian lengkap.

13Tuala bayi

Pilih tuala bayi yang lembut teksturnya.

Tidak perlu tuala yang bersaiz besar – saiz kecil pun sudah memadai untuk kegunaan di wad.

Jika ada disediakan oleh hospital, tuala yang dibawa tu boleh digunakan untuk bending bayi atau selimutkan bayi agar bayi lebih selesa.

Semua senarai ini adalah yang paling minimum dan penting. Jika ada tambahan, terpulang dengan ibu.

Selamat menyambut kelahiran bayi!

Kongsikan post ini pada bakal-bakal ibu ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *