8 Cara untuk Buang Kahak Bayi @ Anak Kecil

cara untuk buang kahak bayi

Cara hilangkan kahak bayi yang mudah, berkesan dan senang untuk anda lakukan sendiri.

Tentu saja kita risau bila anak kecil kita berhingus atau berkahak.

Apatah lagi jika disertakan dengan nafas berbunyi dan batuk-batuk…

Nak bawa ke hospital atau klinik agak berisiko pula di musim pandemik ini, kecualilah jika memang kena pergi…

Kalau boleh kita usahakan dahulu apa yang boleh dibuat untuk keluarkan kahak dan hingus tersebut sendiri tanpa perlu kemana-mana.

Disini saya nak kongsikan beberapa cara untuk buang kahak bayi atau anak kecil.

Semoga cara yang dikongsikan ini dapat membantu anda.

1. Sentiasa lap / bersihkan hingus yang mengalir

cara semulajadi untuk buang kahak bayi

Sentiasa lap dan bersihkan hingus bayi anda yang keluar mengalir.

Amalan ringkas ini sangat membantu pengeluaran hingus berlebihan secara semulajadi.

Hingus atau mukus yang berlebihan adalah cara untuk badan membersihkan @ mengeluarkan kuman-kuman dari dalam saluran pernafasan.

Sistem pernafasan kita dicipta untuk membolehkan pengaliran mukus secara melawan graviti, dari paru-paru ke hidung.

(Bila berlebihan ia akan dibantu oleh reflex badan yang kita panggil sebagai batuk).

Apabila kita sentiasa membersihkan atau lap hingus yang keluar mengalir dari hidung bayi akan membantu melancarkan pengaliran keluar hingus tersebut.

2. Air suam untuk mandian

cara buang kahak bayi dengan mandian air panas

Mandian air panas membantu untuk mencairkan mukus dalam salur penafasan dan menjadikannya lebih mudah untuk dikeluarkan.

Kerap mandikan bayi dan panjangkan sedikit masa mandi bayi untuk kesan lebih efektif.

3. Terapi stim

Konsepnya sama seperti mandian air panas, cuma tak perlu mandikan.

Stim atau wap daripada air panas tersebut membantu untuk mencairkan hingus dan melegakan saluran pernafasan yang tersumbat.

Bagaimana caranya?

Jika kamar mandi anda dilengkapi dengan hot shower, pasangkan hot shower tersebut dalam beberapa ketika dengan pintu tertutup sehingga kamar mandi tersebut dipenuhi dengan wap panas.

(Tips: Untuk pembentukan wap yang cepat, tukarkan mod shower kepada mist)

Padamkan shower (atau kurangkan) dan bawa bayi anda untuk duduk dalam wap tersebut dalam 5 – 10 minit.

Sebagai alternatif, anda boleh letakkan air panas dalam besen. Air jangan yang mendidih panas, cukup sekadar ia mampu keluarkan wap panas yang tidak membahayakan bayi kita.

Kemudian dalam posisi duduk, dukung bayi anda dalam posisi meniarap.

Besen tadi kita letakkan dilokasi bertentangan dengan muka bayi kita.

Jangan terlalu dekat, cukup untuk wap sampai dan disedut oleh bayi ketika bernafas.

posisi untuk steam terapi bayi
Posisi untuk steam terapi bayi.

Ada yang mencadangkan untuk menambah bahan-bahan seperti bawang putih atau sebagainya dalam air panas tersebut, tapi bagi saya tidak perlu. Wap panas dari air tersebut sudah cukup.

4. Lakukan tepukan perkusi dada

Cara buang kahak bayi ini amat efektif jika hingus @ mukus bayi anda menjadi terlalu berlebihan, pekat dan sukar dikeluarkan dengan secara semulajadi.

Ia mengabungkan tepukan perkusi dan juga pengaliran mucus dengan bantuan graviti dan dicairkan dengan wap aip panas.

Untuk mengelakkan bayi anda muntah, lakukan teknik ini sebelum bayi anda minum/makan atau sekurang-kurangnya satu jam selepas bayi minum/makan.

Caranya seperti berikut:

  • Sediakan air panas (tidak terlalu panas tapi mampu mengeluarkan wap panas dan tidak membahayakan bayi) dalam besen.
  • Dalam keadaan anda duduk, dukung bayi dalam posisi meniarap dengan kepala menghala ke besen berwap (seperti dalam cara no 3).
  • Pastikan kedudukan kepala bayi rendah daripada bahagian dada, untuk membolehkan mukus mengalir keluar secara graviti.
  • Buat tangan anda bentuk seperti ini:
    bentuk tapak tangan untuk tepukan perkusi
    Bentuk tapak tangan untuk tepukan perkusi.
  • Tepuk bahagian belakang dada bayi anda perlahan-lahan. Tepukan ini akan mengegarkan bahagian dalaman paru-paru dan saluran pernafasan bayi yang mana membuatkan mukus atau hingus jatuh dan mengalir keluar.
  • Lakukan selama 2 – 4 minit untuk satu sesi. Beri peluang untuk bayi anda bertenang dan mengatur pernafasan sebelum memulakan sesi baru.
  • Bayi anda mungkin akan menangis ketika anda melakukan teknik ini, tangisan tersebut akan lebih membantu proses pengeluaran @ menambah getaran yang melunturkan mukus untuk keluar.
  • Jika dilakukan dengan betul anda akan lihat hingus keluar melalui hidung bayi.

5. Gunakan titisan Nasal Saline

nasali saline

Nasal Saline yang juga dikenali sebagai Nasal Saline Drop membantu mencairkan kahak yang pekat dalam saluran pernafasan agar lebih mudah untuk dikeluarkan.

Ia agak penting untuk bayi dan anak kecil kerana mereka tidak berupaya untuk menghembus kahak pekat ini keluar daripada saluran pernafasan mereka.

Cara penggunaanya adalah bergantung kepada jenis Nasal Saline Drop yang anda gunakan.

Selalunya kita akan titiskan 2-3 titis untuk setiap lubang hidung bayi dalam keadaan bayi berbaring.

Ada juga yang jenis spray.

Adalah baiknya jika Nasal Saline Drop ini sedia berada dalam simpanan kita.

Jangan tunggu berhingus baru nak beli.

Anda boleh beli Nasal Saline Drop seperti ini: Baby Saline Nasal Spray.

6. Gunakan titisan Susu Ibu

Terdapat banyak kelebihan susu ibu. Susu ibu mengandungi segala yang diperlukan oleh bayi yang baru lahir untuk pembesaran.

Ia juga mengandungi antibody untuk membantu bayi melawan virus dan juga bakteria.

Di momhill kami menggalakkan ibu-ibu untuk memberikan penyusuan susu ibu secara ekslusif untuk bayi yang baru lahir.

Bagaimana nak guna susu ibu untuk membuang kahak bayi?

Caranya sama seperti Nasal Saline Drop.

Titiskan 2-3 titis susu ibu kedalam hidung bayi.

Ia membantu untuk mencairkan kahak agar lebih mudah untuk dikeluarkan. Antibodi yang terkandung dalam susu ibu pula boleh membantu untuk membunuh kuman-kuman dalam hingus tersebut.

7. Sedut secara manual atau menggunakan alat

Baby Mucus Cleaner

Anda boleh gunakan alat penyedut hingus khas untuk bayi.

Contohnya seperti ini: Baby Mucus Cleaner

Membuang hingus bayi secara sedutan paling baik dilakukan selepas anda menggunakan titisan nasal drop.

Adalah terbaik jika anda sentiasa alatan seperti ini di rumah anda untuk kegunaan apabila diperlukan.

Selain itu anda juga boleh menyedut secara manual iaitu dengan menggunakan mulut anda.

Ya, mungkin agak kurang selesa kedengaran TETAPI sebagai ibu atau bapa perasaan KURANG SELESA itu tidak akan muncul dalam fikiran anda.

(Hanya kurang selesa jika orang lain yang mendengarnya @ melihatnya).

8. Gunakan air humidifier dalam ruangan tidur bayi

aotronics air humidifer and purifier

Anda boleh gunakan air humidifer seperti ini: Taotronics Air Humidifier & Purifier.

Air humidifer mengelakkan keadaan udara dalam ruangan tidur bayi kering.

Terutama sekali bilik yang mengggunakan penghawa dingin.

Keadaan udara yang kering akan menyebabkan hingus bayi menjadi pekat dan menjadi sukar untuk dikeluarkan.

Tidak perlu tambahkan apa-apa aroma oil, cukup dengan menggunakan air yang bersih.

(Takut nanti bayi kita ada alergik dengan aroma oil tersebut)

Air pula perlu sentiasa digantikan agar tidak ditumbuhi / dicemari oleh kulat.

Selain itu, kita kena sentiasa pastikan ruangan tempat bayi tidur sentiasa bersih daripada habuk dan benda asing.

Jika bilik menggunakan penghawa dingin, kerapkan untuk bersihkan filter angin penghawa dingin anda.

Selain itu, sebagai ibubapa kita harus tahu bahawa hingus atau pengeluaran mukus berlebihan adalah cara untuk badan membersihkan dan mnegeluarkan benda asing seperti kuman dari dalam badan.

Ianya bukan masalah kecualilah ia mengganggu pernafasan bayi kita dan aktiviti lain seperti makan.

Selain itu, jauhkan bayi kita daripada sebarang asap, terutamanya asap rokok.

Jika kita memelihara binatang peliharaan sperti kucing dalam rumah, kerapkan untuk bersihkan dan vacum rumah.

Semoga cara buang kahak bayi yang dikongsikan ini dapat membantu para ibu dan bapa sekalian.

Jangan lupa like page Momhill ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published.