Top 10 Susu Formula Terbaik untuk Bayi [Updated 2024]

susu formula terbaik

Berdasarkan kajian menyeluruh dalam topik susu formula.

Susu ibu adalah susu terbaik dan tidak dapat dinafikan.

Namun, ada masanya kita terpaksa beralih ke pilihan alternatif iaitu susu formula atas pelbagai sebab tertentu.

Dalam post ini kami senaraikan 10 susu formula terbaik sebagai rujukan bersama.

Semuanya untuk kesihatan dan tumbesaran bayi kita.

Ringkasan senarai susu formula terbaik:

Teruskan membaca untuk info lanjut.

1 Enfalac Baby Gentlease

Enfalac Baby Gentlease susu formula terbaik

Lihat produk dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Kelebihan: Dibuat khas untuk perut sensitif dan kolik. Harga: $$. Halal

Enfalac Baby Gentlease adalah susu formula yang membantu menjadikan masa penyusuan lebih seronok untuk anda dan bayi. Ia dibuat khas untuk bayi yang mempunyai perut sensitif dan pernah mengalami ketidakselesaan sistem pencernaan apabila mengambil susu jenis biasa.

Ciri-ciri khas:

  • Mengandungi protein yang mudah dicerna, yang mana tersedia dalam uraian yang lebih ringkas. Ini akan mengurangkan tahap laktose seterusnya menyelesaikan masalah perut berangin dan bayi tidak selesa dalam tempoh 24 jam.
  • Mengandungi DHA untuk tumbesaran penting bayi, dan juga nutrien lain seperti choline, iron, zinc dan vitamin C yang mana penting untuk kesihatan bayi.
  • Terbukti secara klinikal efektif untuk bayi yang mempunyai perut sensitif, dipercayai oleh ibubapa dan disyorkan oleh pakar perubatan.

2 Friso Gold 3

susu formula friso gold

Lihat produk dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Kelebihan: Semulajadi, berkhasiat, mudah dihadam. Harga: $. Halal

Friso Gold 3, susu formula rasa asli semulajadi yang di import khas daripada Belanda. Susu ini khas untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun yang mana mengandungi lebih 50 nutrien penting untuk tumbesaran mental dan fizikal. Apa yang menjadikan susu ini berbeza adalah teknologi LocNutri yang digunakannya yang mana ia mengekalkan stuktur asal susu dan nutrisinya.

Ciri-ciri khas:

  • Diimport penuh dari Belanda dan dibuat menggunakan NOVAS Signature Milk, yang mana dihasilkan oleh lebih 19,000 penternak lembu berdasarkan standard kualiti bertaraf tinggi.
  • Menggunakan teknologi LocNutri, yang mana proses yang mengekalkan struktur asli susu dan mengunci nutrisi membuatkan ia mudah untuk dihadam oleh perut bayi.
  • Mengandungi HMO,2′-FL*, oligosaccharide yang paling banyak dalam susu ibu yang memainkan peranan penting dalam perkembangan imuniti dan bakteria baik dalam usus.
  • Tiada tambahan sukrosa atau perasa tiruan, untuk memastikan anak anda dapat merasa rasa susu sebenar.
  • Mengandungi lebih 50 nutrisi penting, seperti DHA, AA, Omega 3&6, kalsium, protein, vitamin, mineral, GOS, nucleotide dan bifido lactis untuk pembesaran mental dan fizikal anak.

3 Similac Total Comfort

Similac Total Comfort susu formula terbaik

Lihat produk dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Kelebihan: Membantu melancarkan sistem percernaan. Harga: $$. Halal

Similac Total Comfort adalah susu formula yang lembut untuk perut bayi. Ia dibuat dengan protein separa cerna dan campuran minyak sayuran yang membuatkan ia senang untuk dicerna dan diserap. Ia mengandungi DHA,AA, lutein, vitamin E, prebiotics dan nucleotides untuk membantu perkembangan otak, mata, sistem pencernaan dan sistem imun. Ia juga 98% bebas daripada laktose, ini membantu meredakan kesan ketidaksesuaian pada laktose seperti perut berangin, sering buang angin, perut kembungm bayi sering merengek, cirit-birit dan kolik. Ia diimport khas dari Ireland dan dibuat daripada bahan-bahan bermutu tinggi.

Ciri-ciri utama:

  • Diformulakan dengan protein separa cerna dan campuran minyak sayuran, membuatkan ia senang dicerna dan diserap.
  • Mengandungi DHA,AA, lutein, vitamin E, prebiotik dan nukleotide untuk perkembangan otak, mata sistem pencernaan dan sistem imun badan.
  • 98% bebas laktose. Tahap kandungan laktose yang sangat rendah (gula dalam susu). Ini membantu melegakan simptom tidak toleran terhadap laktose seperti perut berangin, kembung, bayi sentiasa gelisah atau merengek, cirit-birit dan kolik.
  • Diimport daripada Ireland dan dibuat menggunakan berkualiti tinggi.

4 Nestle Pre Nan

susu formula Nestle Pre Nan

Lihat produk dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Kelebihan: Untuk yang kurang berat badan atau lahir pra-matang. Harga: $. Halal

Nestle Pre nan, susu formula yang dibuat khas untuk melengkapkan keperluan nutrisi bayi yang kurang berat badan atau lahir pra-matang. Dibuat dengan penuh teliti, susu formula khas ini dapat membantu bayi anda berkembang sihat dari peringkat awal.

Ciri-ciri khas:

  • Dibuat untuk membantu bayi kurang berat badan atau lahir pra-matang dengan menyediakan asas penting bagi tumbesaran bayi.
  • Lengkap dengan DHA atau ARA, arachidonic acid dan protein yang mana merupakan komponen penting dalam perkembangan bayi.
  • Dibuktikan dengan kajian klinikal dapat membantu perkembangan kognitif dan penglihatan bayi.

5 Gerber Good Start GentlePro

Gerber Good Start GentlePro

Lihat produk dalam pilihan dibawah:

Lihat di Shopee

Pilihan lain: Ubuy Malaysia

Kelebihan: Nutrisi terbaik dan keselesaan perut. Harga: $$$

Gerber Good Start GentlePro, susu formula yang lengkap dengan segala yang diperlukan untuk perkembangan bayi. Dibuat dengan penuh teliti dan dedikasi, susu formula khas ini memastikan bayi anda mendapat yang terbaik dari peringkat awal.

Ciri-ciri khas:

  • Gerber Good Start GentlePro tampil yakin dengan formula 100% protein whey mereka yang mana disediakan dalam keadaan separa tercerna agar mudah dicerna dan diserap oleh sistem pencernaan bayi. Pilihan 100% protein whey ini adalah untuk memastikan bayi menerima protein yang hampir serupa dengan protein daripada susu ibu. Ia juga mengurangkan kebarankalian untuk timbul masalah alerjik.
  • Dilengkapi penuh dengan nutrisi penting seperti DHA, prebiotick dan probiotik untuk membantu perkembangan dan tumbesaran bayi secara keseluruhan.

6 Baby’s Only Organic Gentle Dairy Toddler

Baby's Only Organic Gentle Dairy Toddler Formula

Lihat produk dalam pilihan dibawah:

Lihat di Shopee

Kelebihan: Nutrisi organik asli dipercayai ibu bapa. Harga: $$$

Baby’s Only Organic Gentle Dairy Toddler merupakan susu formula terbaik yang dibuat untuk memastikan bayi anda mendapat khasiat yang terbaik pada peringkat awal pertumbuhan mereka. Susu formula organik ini direka khas agar bayi menerima nutrient yang seimbang untuk pembesaran yang sihat.

Ciri-ciri khas:

  • Diperbuat daripada 100% protein whey berkualiti tinggi, disediakan dalam keadaan separa cerna dengan kombinasi minyak sayuran terpilih, laktose,maltodextrin jagung.
  • Baby’s Only Organic Gentle Dairy Toddler juga merupakan susu organik yang disahkan oleh USDA. Dihasilkan tanpa penggunaan racun berbahaya, hormon pertumbuhan sintetik, antibiotik atau organisma yang telah diubahsuai genetiknya. Adalah menjadi komitmen kepada pengeluar makanan organik untuk memastikan kanak-kanak menerima nutrisi tulen dan semulajadi.
  • Mengandungi nutrien penting seperi DHA,vitamin prebiotik dan probiotik untuk menyokong pertumbuhan bayi yang pantas.

7 Earth’s Best Organic Dairy Infant with Iron

earth best organic dairy infant formula with iron

Kelebihan: Formula susu organik tulen, berkhasiat dan dipercayai. Harga: $$$$

Earth’s Best Organic Dairy Infant with Iron, susu formula yang dibuat dengan penuh teliti mewakili susu organik terbaik yang ada dipasaran untuk bayi anda. Dengan keaslian dan standard tinggi produk Earth’s Best Organic.

Ciri-ciri khas:

  • Diperbuat daripada susu lembu organik yang dibesarkan di padang ragut bebas sebarang jenis racun.
  • Diperkuatkan dengan zat besi dan juga lutein.
  • Mengandungi prebiotik fiber untuk menguatkan sistem imun badan bayi.
  • Mengandungi Omega-3 DHA dan Omega-6 ARA untuk perkembangan kognitif.
  • Tanpa tambahan sirap jagung, hormon pertumbuhan artificial atau bahan GMO.
  • Mematuhi standard persijilan organik USDA dan FDA.

8 ASCENDA Catch-Up Growth

ASCENDA Catch-Up Growth

Lihat produk dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Kelebihan: Menggalakkan pertumbuhan untuk lebih sihat dan kuat. Harga: $

ASCENDA Catch-Up Growth Formula Milk adalah susu formula khas untuk ibubapa yang risau akan pertumbuhan anak mereka. Diperkuatkan dengan campuran lengkap nutrien, susu formula ini memberi sokongan pada kanak-kanak untuk membesar tanpa gangguan.

Ciri-ciri khas:

  • Dibuat untuk menggalakkan pertumbuhan tinggi dan berat badan
  • Kaya dengan protein dan tenaga dengan kadar 1kcal/1ml
  • Lengkap dengan nutrien penting seperti zat besi, zink, kalsium dan vitamin D
  • Bebas daripada sukrose untuk diet yang sihat
  • Diperkuatkan dengan Sphingomyelin dan DHA ntuk perkembangan kognitif

9 Hipp Bilac Rumusan Bayi Organik

Hipp Bilac Rumusan Bayi Organik

Lihat produk dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Kelebihan: Lebih 120 tahun pengalaman, jenama organik dipercayai. Harga: $$

Dengan pengalam dalam industri selama lebih 120 tahun, susu formula ini menjadi penanda kualiti susu organik terbaik untuk si manja anda.

Ciri-ciri khas:

  • Bebas GMO, bebas racun sintetik dan bebas perasa tambahan
  • Diperkayakan dengan 100% laktose organik asli
  • Dilengkapi dengan prebiotik GOS organik untuk bakteria usus yang sihat
  • Mengandungi DHA dan ARA rekomendasi pakar untuk perkembangan otak dan mata

10 Bubs Australia Goat Milk

Bubs Australia Goat Milk Formula

Lihat produk dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Kelebihan: Asli, dipercayai dan lembut untuk perut. Harga: $$. Halal

Bubs Australia Goat Milk, susu kambing daripada australia yang diperbuat untuk perut bayi yang sensitif. Dengan komitmen kepada keselamatan, keaslian, kualiti dan kepakaran dalam nutrisi, Bubs menjadi kepercayaan pada para ibu-ibu sebagai susu kambing terbaik untuk bayi.

Ciri-ciri khas:

  • Sumber susu daripada penternak Australia yang bertauliah, dijamin asli A2 Goat Protein
  • Formula tanpa GMO, pewarna tambahan, perasa tambahan, pengawet dan diberikan anugerah Clean Label Purity
  • Diperkayakan dengan Omega 3 dan prebiotic

Semoga post top 10 susu formula terbaik ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *