6 Senarai Sample Pampers Percuma Malaysia [Updated 2024]

senarai sample pampers percuma di Malaysia

Dapatkan sample pampers percuma untuk si manja kesayangan anda!

Tahukah anda syarikat-syarikat besar seperti Huggies menawarkan sample percuma untuk produk pampers mereka?

Sample pampers tersebut akan dihantar terus ke alamat pos anda!

Untuk melayakkan diri anda hanya perlu melakukan pendaftaran ringkas dengan mereka.

Anda boleh ambil kesempatan ini untuk mencuba produk pampers mereka tanpa perlu berbelanja.

Berikut merupakan senarai sample pampers percuma:

Jika sesuai bolehlah anda menjadikan pampers tersebut sebagai pilihan utama.

Teruskan membaca untuk info lanjut dan pautan untuk memohon.

Baca juga: Senarai Pampers terbaik dan popular di Malaysia.

1 Pampers Jenama Huggies

sample pampers huggies

Cuba Pampers Huggies

Pampers Huggies, jenama terkenal di Malaysia yang dinobatkan sebagai pampers dengan serapan terpantas yakni membuatkan bayi sentiasa berasa selesa.

Anda boleh mendapatkan 1 pek sample percuma pampers Huggies sekali untuk setiap 6 bulan.

Sample tersebut akan terus dihantar ke alamat yang anda berikan.

Jenis pampers yang ditawarkan adalah jenis tap (biasa) dan juga pants, daripada new born sehinggalah berat 14kg.

Antara syarat-syaratnya:

  • Perlu mendaftar menjadi member Huggies Club
  • Menetap di Malaysia, alamat Malaysia.

2 Pampers Jenama MamyPoko

sample pampers mamypoko

Cuba Pampers MamyPoko

MamyPoko adalah produk Jepun yang mana dianugerahkan sebagai pampers no 1 pilihan para ibu di jepun 3 tahun berturut-turut.

Anda boleh dapatkan 1 pek sample pampers MamyPoko untuk setiap 6 bulan.

Anda hanya perlu mengisi borang, pilih jenis dan juga saiz pampers untuk bayi anda.

Antara syarat-syaratnya:

  • Hanya 1 pek sample sahaja untuk satu keluarga
  • Boleh memohon 6 bulan sekali sahaja
  • Perlu memiliki MyKad dan penduduk tetap Malaysia

3 Pampers Jenama Drypers

sample pampers Drypers

Cuba Pampers Drypers

Drypers adalah produk tempatan yang terkemuka di Malaysia yang mana telah berada di pasaran lebih daripada 16 tahun.

Anda boleh dapatkan 1 pek sample percuma pampers Drypers 3 bulan sekali.

(Maksimum 4 pek sample dalam tempoh 2 tahun).

Untuk mendapatkan sample Drypers anda hanya perlu menjadi member untuk Drypers Baby Club dengna mengisi borang.

Selain daripada mendapat sample percuma, member juga akan mendapat tips-tips penjagaan bayi percuma, point untuk ditukarkan kepada gift dan banyak lagi faedah.

Antara syarat-syaratnya adalah:

  • Satu pek sample sekali untuk setiap 3 bulan, maksimum 4 pek dalam jangka masa 2 tahun
  • Tidak boleh memohon untuk bayi yang sama dengan alamat berbeza
  • Alamat mestilah dalam Malaysia sahaja

4 Pampers Merries

pampers jenama merries

Cuba Pampers Merries

Pampers ini dinobatkan sebagai pilihan utama ibu di Jepun selama 4 tahun berturut-turut.

Kini ada dan boleh dibeli di Malaysia.

Produk ini menjanjikan keselesaan dan keselamatan sepenuhnya untuk kulit bayi.

Antara syarat-syaratnya untuk free sample:

  • No IC dan alamat malaysia diperlukan
  • Hanya 1 pampers sahaja akan diberikan
  • Boleh cuba semua jenis pampers

5 Pampers Offspring

jenama pampers offspring

Cuba Pampers Offspring

Jenama pampers premium yang dilengkapi dengan dual teknologi untuk serapan maksima, diperbuat daripada bahan lembut, bebas klorin, bebas bahan pewarna, pewangi dan getah.

Berdasarkan review para ibu, pampers agak sedikit mahal berbanding jenama lain tetapi berbaloi kerana kualitinya.

Anda boleh mencuba sample pampers Offspring menggunakan pautan yang diberikan diatas.

Untuk memohon isikan maklumat yang diminta, pilih saiz dan sampel pampers akan dihantar pada anda.

6 Pampers Softlove (Trial Pack)

jenama pampers softlove trial pack

Cuba Pampers Softlove

Pampers ini bukanlah percuma tetapi ditawarkan sebagai trial pack dengan potongan harga hampir 50% mengikut tawaran semasa.

Pampers SoftLove Platinum trial pack ini dijual dalam 3 unit untuk 1 pek dimana anda boleh pilih antara 2 jenis, Tape atau Pants, dengan saiz daripada S sehingga XXL.

Tunggu apa lagi?

Daftarkan diri anda dan cuba setiap sample yang diberikan.

Barulah anda tahu mana satu yang paling terbaik untuk si manja kesayangan anda!

3 Replies to “6 Senarai Sample Pampers Percuma Malaysia [Updated 2024]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *