Cara mudah yang boleh dipraktikan dengan segera untuk rangsang percakapan anak anda – ajar anak bercakap dengan lancar tanpa pelat.
Momhill mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Cara ajar anak bercakap ini sesuai untuk usia @ umur seawal 1 tahun.
Juga sangat sesuai untuk anak yang lambat bercakap. Boleh dijadikan sebagai terapi harian. Lebih-lebih lagi jika sudah berusia 3 atau 4 tahun ke atas.
Lakukan dengan konsisten, hasilnya anak anda pasti petah bercakap tanpa pelat, jelas dan mudah difahami.
Dan?
Jangan cepat putus asa!
Tipsnya seperti berikut:
1 Bercakap dengan jelas
Gunakan percakapan yang jelas apabila bercakap dengan anak. Jangan pelat dengan anak.
Contohnya apabila waktu makan “Mari kita makan” elakkan menggunakan ayat seperti “Mari mamam” dan apabila waktu tidur “Mari tidur” bukannya “Mari titun”.
2 Cakap dengan perlahan-lahan
Jangan bercakap dengan terburu-buru @ cepat.
Apabila bercakap dengan anak, cakaplah dengan perlahan-lahan supaya anak dapat mengamati bunyi perkataan yang kita keluarkan.
3 Kerap berinteraksi
Selalulah berinteraksi dengan anak anda.
Apabila jalan ke luar rumah contohnya ke taman, tanya anak apakah warna bunga? Beritahu anak tentang semua yang dia lihat di sekelilingnya.
Bagi ibu yang bekerja dan hanya jumpa anak pada waktu selepas bekerja, ambil peluang semasa menidurkan anak dengan bertanya kepada anak “hari ini makan apa” dan dengan hanya satu soalan sahaja pasti anak anda akan cuba menjawab dengan bertubi-tubi.
Kerapkan berinteraksi!
4 Kurangkan penggunaan gajet
Penggunaan gajet ada baik dan buruknya.
Untuk anak yang dalam fasa untuk bercakap tanpa pelat, kurangkan kekerapan penggunaan gajet.
Kerapkan interaksi dua hala. Jika perlu penggunaan gajet, hadkan masa penggunaan. Contoh had maksima terbaik adalah 1 jam dan tidak berterusan dan pilih rancangan yang mempunyai percakapan (contoh Youtube Abc, cerita pendek dan sebagainya).
5 Berdepan dengan cermin
Bunyinya lucu tapi cara in efektif!
Cara ini bukan sahaja mampu meningkatkan tahap keyakinan anak, malah anak juga akan merasa lebih gembira dan teruja untuk bercakap.
Mulakan dengan berdiri di hadapan cermin, sikat rambut anak sambil tunjuk rambut anak beritahu dia “rambut [nama anak] lawa atau tidak?”
Mesti dia akan tersenyum dan tidak lama selepas tu akan mula menjawab “ya!” Buat aksi mata kiri kanan, mulut gerak kiri kanan.
Latih anak meniru pergerakan bibir.
6 Rakaman video anak berceloteh
Ini merupakan cara yang moden yang efektif!
Ambil rakaman video anak anda berceloteh. Beritahu anak anda, mama/papa ambil video [nama anak] ya.
Tanya anak apa topik yang dia mahu kongsikan dalam video itu. Mama/papa pun turut bertanya juga dalam video itu untuk menyemarakkan semangat anak.
Sesudah itu, mainkan video itu dan tunjuk pada anak.
7 Pemeriksaan telinga
Jika cara di atas masih tidak berhasil atau anak anda kurang respon pada arahan verbal, segeralah ke klinik untuk pemeriksaan telinga.
Dapatkan pemeriksaan pakar untuk sistem pendengaran anak anda. Takut-takut terdapat masalah pada sistem pendengaran anak.
Pemeriksaan awal banyak membantu.
Kongsikan untuk manfaat bersama!