10 Cara Menaikkan Berat Badan Anak secara Sihat

cara menaikkan berat badan anak secara sihat

Tips khas untuk tambah berat anak kurus, kurang selera makan.

Momhill ingin mengongsikan cara menaikkan berat badan anak secara mudah dan boleh diamalkan terus.

Cara ini mungkin boleh menambah berat badan anak dengan cepat jika diamalkan dengan sabar dan berkekalan.

Cara agar anak gemuk tapi sihat.

(Jangan terlebih gemuk pula)

Jom kita tengok apakah petua pemakanan yang boleh membantu meningkatkan berat badan anak-anak.

Nota: Masalah kurang berat badan dikalangan kanak-kanak akan menggangu proses pertumbuhan & pembesaran berbanding dengan kanak-kanak normal. Jangan pandang rendah!

1Jangan beri snek / susu sebelum waktu makan

jangan bagi susu bila dekat waktu makan

Jangan bagi anak minum susu atau makanan ringan bila dah hampir dengan waktu makan anak.

Ini untuk elakkan anak rasa kenyang dan tolak menu utama yang sepatutnya diambil / diberikan.

Terutama sekali makanan manis.

Kandungan gula akan membuatkan mereka rasa kenyang.

Lagipun saiz perut kanak-kanak kecil sahaja. Sepotong dua roti sudah cukup mereka rasa kenyang.

2Jangan beri makanan yang tidak berkhasiat

Contoh makanan kurang khasiat adalah seperti keropok, gula-gula, coklat, makanan ringan berperisa.

Makanan jenis ini mungkin mengenyangkan dan disukai, tetapi TIDAK meberikan nutrisi yang diperlukan oleh anak untuk membesar.

Selain daripada tak membantu memperbaiki masalah berat badan, makanan jenis ini mungkin akan mengundang masalah kesihatan yang lain – kerosakkan gigi, buah pinggang dan sebagainya…

Sekali sekala mungkin boleh, tapi lagi baik jangan berikan.

3Jangan beri minuman manis tidak berkhasiat

cara menaikkan berat badan anak dengan tak beri minum tak berkhasiat

Contohnya minuman mengandungi kafein (teh, nascafe, kopi…), minuman berkarbonat (pepsi, cola) serta minuman berwarna dan tinggi perisa tiruan (sirap).

Terutama sekali untuk kanak-kanak bawah 5 tahun.

Minuman sebegini bukan sahaja tidak mempunyai nilai nutrisi yang tinggi malah juga akan menggangu penyerapan.

4Beri anak makan ikut waktu

Jangan tunggu sehingga anak lapar barulah bagi makan.

Buat jadual. Berikan anak makan mengikut waktu, mengikut kekerapan yang sepatutnya.

Cadangan terbaik adalah 5-6 kali sehari – Sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam serta minum malam.

Mungkin anda boleh tetapkan masa, contohnya untuk sarapan jam ini, minum pagi jam ini dan seterusnya.

5Beri makanan yang kaya dengan tenaga & protein

Tambahkan sedikit minyak masak atau marjerin dalam makanan anak.

Atau boleh juga menggunakan kaedah menggoreng atau salutan tepung untuk daging atau ikan untuk meningkatkan kalori dalam makanan untuk anak.

6Bagi anak cuba resepi baru

Apa kata ibu atau bapa cuba bagi anak rasa menu baru?

Anak biasanya cepat bosan dengan sesuatu yang rutin baginya termasuklah jenis makanan.

Resipi baru itu tidak semestinya resipi yang kompleks. Cukup yang memberikan sedikit kelainan, pasti menarik minat anak anda

7Hias makanan anak

Gaya dan persembahan menjadikan makanan lebih sedap. Kenyataan ini benar untuk kita dan juga kanak-kanak.

(Sebab inilah makanan dekat hotel nampak lebih sedap – kerana ia dihias)

Cuba pelbagaikan warna dalam makanan anak anda. Hijau (brokoli), oren (lobak), ungu (kubis), putih dan sebagainya…

Anda boleh juga cuba membuat hirisan lobak dengan kartun kegemarannya, atau telur dibentuk menjadi hati.

8Guna peralatan makan yang ceria

Pinggan, mangkuk, gelas dan sudu yang ceria boleh membantu menarik minat anak untuk makan dengan lebih berselera.

Mungkin boleh gunakan set pinggan mangkuk yang mempunyai gambar karakter kegemarannya?

Paling kurang pun gunakan set yang warnanya ceria.

9Beri perhatian ketika anak sedang makan

Fokus kepada anak ketika sesi makan. No handphone, jangan sekejap kesana kemari.

Bantu anak memilih, mengambil, memasukkan makanan ke mulut adalah antara kemahiran baru (motor skill) anak dan tolong suapkan anak jika perlu.

10Jadikan masa makan menyeronokkan

Perkara ini paling penting sekali.

Elakkan daripada memaksa atau memarahi anak ketika masa makan. Ibubapa sendiri pun akan hilang selera jika ditegur atau dibebel sewaktu makan.

Bantu anak menyukai sesi makan dengan mengikut tahap perkembangan anak. Galakkan anak menghabiskan makanannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *