Resepi kopi viral Korea, cuma perlu serbuk kopi/nascafe, gula, air panas dan susu sahaja!
Momhill mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Resepi kopi yang kini sedang popular di media sosial.
Rupanya cara buat kopi ini mudah sahaja.
Tak perlu susah-susah nak cari itu ini.
Tak ada kopi ganti dengan nascafe. Boleh jadi resepi nescafe dalgona pula.
Bagi suami yang gemar kopi, buatkan untuknya. Pasti happy.
Mari kita lihat resepi dalgona coffee ini.
Resepi Dalgona Coffee
Bahan-bahan
Bahan-bahan ini mudah dijumpai dalam dapur anda.
- Serbuk Kopi atau Nescafe
- Susu full cream / Susu segar
- Gula
- Air panas
- Ais (pilihan)
- Whisk atau mixer
Cara membuatnya
Cara buatnya seperti berikut. Sangat mudah:
- Masukkan 3 sudu kecil serbuk kopi/nescafe, 4 sudu kecil gula dan 4 sudu kecil air panas dalam bekas.
- Pukul dengan whisk atau mixer sehingga menjadi sebati, pekat, likat dan berbuih.
- Ambil gelas, letak ais jika nak. Tuangkan susu. Tinggalkan ruang untuk sebatian kopi/nescafe tadi.
- Akhir sekali, tuang sebatian kopi/nescafe tadi pada bahagian atas.
Jika anda gunakan serbuk nescafe, anda boleh taburkan sedikit serbuk pada permukaannya…
Kalau tak mahu manis sangat, boleh kurangkan sudu gula.
Hasilnya lebih kurang seperti ini:
Selamat mencuba!