Untuk melatih kreativiti dan daya fokus anak anda.
Jika anda bercadang nak belikan buku origami untuk anak, disini kami kumpulkan antara senarai yang terbaik.
Origami adalah seni melipat kertas, yang telah lama wujud dan berasal dari Jepun.
Ia baik untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Sebelum itu kita lihat secara ringkas tentang manfaat origami.
Manfaat / Kebaikkan Origami
Origami dibuktikan baik untuk tumbesaran anak kita.
Antara manfaat origami yang dikenalpasti adalah:
- Membantu meningkatkan kemahiran matematik
- Membina kebolehan kognitif
- Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah
- Meningkatkan kreativiti
- Menggalakkan kemahiran sosial
- Meningkatkan kesihatan fizikal dan mental
- Memudahkan pemahaman ketika pembelajaran
Oleh itu, adalah baiknya kita berikan buku origami pada anak kita untuk gantikan gajet.
Senarai Pilihan Buku Origami
Berikut merupakan senarai buku origami terbaik yang boleh anda pilih:
1 Origami Pertama Saya
*RM10
Buku Origami pertama saya mempunyai 28 muka surat dengan saiz buku jenis A4.
Ia dilengkapi dengan panduan bergambar yang mudah difahami oleh kanak-kanak.
Sangat sesuai untuk mengisi masa lapang anak-anak. Anda juga boleh membuat aktiviti ini bersama-sama.
2 Australian Animals Origami
*RM39+
Buku origami premium yang direkabentuk khas untuk kanak-kanak. Ia bertemakan binatang yang hanya boleh dijumpai di Australia.
1 set buku ini lengkap dengan 40 keping kertas origami bercorak dan 8 jenis lipatan.
3 World’s Best Origami For Kids
*RM18.90
Buku origami untuk kanak-kanak. Dengan pelbagai lipatan origami – dinasour, binatang, kereta dan sebagainya.
Disertakan sekali dengan kertas origami berwarna.
4 Origami Dinosaur
*RM6.90
Buku origami dinasour. Terdapat 8 jenis lipatan dinasour.
Pakej termasuk sekali dengan kertas origami bercorak dan sticker pelekat untuk menghias.
5 Dinosaur Origami 02
*RM12.00
Variasi buku origami dinasour. Yang ini mempunyai 20 jenis lipatan / dinasour. Setiap jenis dinasour juga disertakan sedikit info tentangnya. ala-ala wikipedia.
Pakej termasuk sekali dengan ancient palm tree, neanderthal man, gunung berapi, api dan juga kertas origami.
6 Origami City
*RM19.90
Buku origami ini membawa lebih 30 jenis lipatan untuk bangunan landmark terkenal di seluruh dunia seperti Pyramid, San Franscisco, Tokyo, Sydney dan banyak lagi.
Setiap bangunan terdapat bahan bacaannya. Disertakan sekali dengan 20 keping kertas origami.
7 Origami Racers
*RM13.50
Khas untuk kanak-kanak yang menyukai permainan kereta atau kapal. Ini adalah pilihan yang terbaik.
Sedikit kompleks cara lipatannya, terbaik jika dilakukan bersama oleh ibubapa dan anak.
8 Origami Adventures – Animals
*RM19.90
Set buku origami adventure untuk binatang. Buku setebal 48 mukasurat ini mengandungi 14 jenis lipatan binatang, cerita ringkas untuk setiap satu binatang tersebut, dan juga penerangan teknik yang jelas. Disertakan sekali dengan kertas origam
9Origami Adventures – Ocean
*RM19.90
Set buku origami adventure untuk hidupan dalam laut. Juga mengandungi 48 mukasurat dengan 14 jenis lipatan, cerita ringkas setiap binatang, teknik melipat yang mudah difahami. Disertakan sekali dengan kertas origami.
10Bird Origami
*RM19.90
Set buku origami untuk 20 jenis burung termasuk mallards, hummingbirds, sparrows, seagulls, finches dan banyak lagi.
Disertakan sekali dengan kertas origami berwarna untuk hasil yang lebih menarik.
11Paper Planes Book
*RM
Koleksi lipatan kapal terbang yang pasti membuatkan anak anda gembira. Terdapat 16 jenis lipatan kapal dengan ilustrasi berwarna serta ceritanya.
Pakej termasuklah 40 keping kertas lipatan bercorak dan berwarna, 4 ground crew, target practice.
Semoga post ini bermanfaat pada semua.