6 Tips Penyusuan Susu Bagi Ibu yang Bekerja

Tips Penyusuan Susu Bagi Ibu yang Bekerja

Anda berazam untuk menyusukan anak secara ekslusif walaupun anda berkerja @ bukan suri rumah sepenuh masa.

Pilihan yang tepat.

Penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Dengan perancangan dan persedian yang teliti hasrat ini dapat dicapai.

Sini kami kongsikan beberapa tips penting untuk para ibu yang ingin mengekalkan penyusuan susu ibu walaupun kembali bekerja:

1 Berazam sepenuh hati

Ibu-ibu haruslah berazam untuk menyusukan bayi secara ekslusif. Dengan azam yang kuat barulah hasrat ini dapat dicapai.

Beritahu suami agar si suami juga turut boleh berikan sokongan kepada anda.

Cari rakan yang sama seperjuangan dengan ibu agar ibu lebih bermotivasi untuk meneruskan penyusuan.

2 Ransangan awal melalui Direct feeding

Semasa cuti bersalin,adalah digalakkan untuk membiarkan bayi menyusu sepenuhnya secara terus dari payudara (direct latch/direct feeding).

Tujuannya adalah untuk mengalakkan peningkatan penghasilan air susu dan menstabilkan amalan penyusuan susu ibu (established).

3 Berlatih cara perah susu

Sebelum balik bekerja, ibu haruslah berlatih memerah susu sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum balik bekerja.

Lagi awal lagi baik.

Ikut kesesuaian dan kesediaan ibu dan bayi.

Jika mempunyai pengasuh, ajarlah pengasuh sekali bagaimana pemberian susu perahan kepada bayi.

4 Simpan stok susu

Kesemua susu perahan haruslah disimpan dan dijadikan stok.

Pilih tempat penyimpanan yang sesuai dan pastikan susu perahan dilabel tarikh dan masa dengan baik.

Gunakan konsep FIFO (first in, first out). Guna yang lama dahulu.

5 Jadual latihan

Pemberian susu ibu sebaiknya dibuat mengikut jadual agar bayi biasa dengan rutin tersebut.

Bayi akan berasa lebih selesa dan kurang masalah kembung perut.

6 Tingkatkan kekerapan penyusuan

Selepas waktu bekerja, ibu haruslah menyusui bayi dengan kerap mengikut kehendak bayi terutama sekali ketika waktu malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *