23 Jenama Pampers Terbaik di Malaysia [Updated 2023]

jenama pampers terbaik malaysia

Senarai terkini jenama pampers yang boleh anda perolehi di Malaysia.

Dalam post ini kami senaraikan kesemua jenama atau jenis pampers yang popular dikalangan ibu-ibu di Malaysia.

Agar lebih mudah untuk anda buat pilihan.

Disertakan maklumat ringkas berkenaan jenama pampers tersebut dan juga anggaran harganya di pasaran.

Ringkasan senarainya adalah seperti berikut:

Senarai jenama pampers terbaik di Malaysia

Ini adalah senarai ringkasnya. Teruskan membaca untuk info lanjut.

  1. Huggies – RM28+
  2. MamyPoko – RM29+
  3. Drypers – RM29+
  4. Petpet – RM24+
  5. Merries – RM48+
  6. Diapex – RM29+
  7. Whoopee – RM25+
  8. Genki – RM25+
  9. SoftLove – RM12+
  10. Youli – RM17+
  11. Fitti – RM19+
  12. Mikubi -RM23+
  13. Besuper – RM20+
  14. Dry-Pro – RM23+
  15. Bebimora – RM28+
  16. BB kitty – RM35+
  17. Joydoll – RM36+
  18. FirstDino – RM38+
  19. Besoo – RM39+
  20. Offspring – RM49+
  21. Bambo Nature – RM59+
  22. Beaba – RM59+
  23. Einmilk – RM79+

Untuk maklumat lebih lanjut, teruskan membaca.

1 Huggies

jenama pampers huggies

Harga: RM28+

Lihat di Shopee

Jenama pampers yang popular dan senang didapati di Malaysia.

Dilengkapi dengan teknologi yang dipanggil dry xpert, menyerap basahan dengan cepat, memastikan kulit bayi sentiasa kering dan selesa.

Selain itu ia juga boleh bertahan sehingga 10 jam dan tidak mudah bocor.

Terdapat 3 variasi untuk huggies:

Boleh pilih mengikut kesesuaian bayi anda.

2 MamyPoko

jenama pampers mamypoko

Harga: RM29+

Lihat di Shopee

MamyPoko adalah pampers yang dibuat menggunakan teknologi canggih dari Jepun.

Pampersnya sedikit nipis (untuk keselesaan), tetapi daya penyerapannya masih tip top.

Ia juga antara jenama yang terkenal yang tidak menyebabkan masalah pada kulit bayi walaupun digunakan semalaman.

Semua produk MamyPoko diimport terus dari Jepun.

Terdapat beberapa variasi untuk pampers MamyPoko:

3 Drypers

pampers jenama drypers

Harga: RM29+

Lihat di Shopee

Drypers adalah jenama pampers bayi yang sudah lebih 16 tahun bertapak di Malaysia.

Ia adalah jenama tempatan, buatan Malaysia yang mendapat tempat di hati para ibu dengan pampers yang berkualiti dan kuasa serapan yang menjadikan kulit bayi sentiasa kering dan selesa.

Antara variasi pampers Drypers adalah:

  • Skinature by Drypers – Untuk bayi kulit sensitif. Bebas daripada bahan alegik, bebas klorin dan bahan pewangi.
  • Drypers Touch – Dibuat menggunakan pro skin tecnology, daripada bahan lembut, rasa seperti kapas.
  • Drypers Wee Wee Dry – Dilengkapi dengan leakage indikator.
  • Drypers Classic – Dilengkapi dengan self-cool cover dan skin dry layer. Agar kulit sentiasa kering dan sejuk.
  • Drypers Drypantz – Pampers jenis pants yang dilengkapi dengan leakage indicator. Pemenang Best baby pants diaper.
  • Drypers Classicpantz – Dilengkapi dengan self-cool cover dan skin dry layer. Agar kulit sentiasa kering dan sejuk.

4 Petpet

pampers jenama petpet

Harga: RM24+

Lihat di Shopee

Pilihan ibu-ibu untuk pampers yang tahan lama di Malaysia.

Teknologi yang digunakan oleh PetPet memastikan kulit bayi sentiasa kering, selesa dan tidak bocor sehingga 10 jam.

Selain menyerap lebih baik, ia juga lembut pada kulit bayi dan pelapik pinggang lebih elastik.

Lagi satu, harganya lebih murah.

Variasi pampers PetPet adalah seperti berikut:

  • PETPET Tape New Born – Dibuat khas untuk bayi baru lahir, lembut dan design bahagian pusat yang tidak mengganggu peyembuhan pusat bayi
  • PETPET Tape – Dilengkapi dengan BlueDry zone, Lebih panjang, leak protection, jenis tape
  • PETPET Pants – BlueDry zone, elastik, leak protection, jenis pants
  • PETPET Comfort Tap – Dengan 360 AirThru untuk lebih kering dan selesa, jenis tape
  • PETPET Comfort Pants – Dengan 360 AirThru untuk lebih kering dan selesa, jenis pants

5 Merries

pampers jenama merries

Harga: RM48+

Lihat di Shopee

Pampers jenama Merries adalah pilihan ibu nombor 1 selama 4 tahun berturut-turut di Jepun.

Kini juga boleh dibeli di pasaran Malaysia.

Produk Merries ini dibangunkan berdasarkan kajian terperinci terhadap kulit bayi. Ia menjanjikan keselesaan yang sepenuhnya untuk kulit bayi.

Anda boleh mencuba sampel percuma pampers merries disini.

6 Diapex

pampers jenama diapex

Harga: RM29+

Lihat di Shopee

Diapex adalah produk pampers buatan tempatan iaitu daripada syarikat NTPM.

Review dari ibu-ibu mengatakan pampers Diapex cukup baik, kualiti elok, tidak pernah bocor, tidak terlalu ketat dan getah pinggang tidak mudah koyak.

7 Whoopee

pampers jenama whoopee

Harga: RM25+

Lihat di Shopee

Whoopee merupakan produk pampers yang dihasilkan menggunakan teknologi Jepun. Whoopee adalah sebahagian daripada Oji Holdings, peneraju industri pulp dan kertas di Jepun.

Pampers Whoopee jauh lebih murah jika dibandingkan dengan produk lain seperti drypers, huggies dan petpet tapi masih lagi mengekalkan kualiti yang sama.

Kebanyakkan ibu memilih pampers whoopee atas kualiti dan harganya.

8 Genki

jenama pampers genki

Harga: RM25+

Lihat di Shopee

Genki adalah produk pampers import dari Jepun. Ia juga berada dibawah syarikat yang sama dengan Whoopee iaitu Oji holding.

Pampers Genki diperbuat daripada bahan bermutu untuk memastikan bayi kering dan selesa sepanjang hari.

Harganya pula lebih kurang sama dengan Whoopee.

Jika dibandingkan dengan Whoopee, jenama Genki ini agak popular sedikit dikalangan ibu-ibu di Malaysia.

9 SoftLove

Harga: RM12+

Lihat di Shopee

Sebenarnya jenama pampers softlove ini sudah ada dipasaran sejak tahun 1994 lagi.

Mungkin ada antara para ibu di Malaysia yang suda lama menggunakan produk ini.

Tarikan utama pampers jenama SoftLove adalah ianya murah tapi masih berkualiti. Harganya 50-60% lebih murah berbanding harga beg pampers yang biasa kita lihat (untuk yang jenis softlove standard)

Daripada komen yang diterima, mungkin daya ketahanan agak kurang sedikit. Terdapat juga komen menyatakan bahagian dalam agak kasar sedikit berbanding pampers lain. Berpatutan dengan harga.

Untuk penggunaan waktu siang dan kulit bayi biasa tiada masalah menggunakan produk ini.

10 Youli

jenama pampers youli

Harga: RM17+

Lihat di Shopee

Youli adalah pampers yang di import dari China dan boleh dimiliki dengan harga yang agak murah.

Pampers ini dilengkapi dengan 3d leak guards untuk mengelak kebocoran, lembut, mempunyai daya serapan yang tinggi untuk memastikan kulit bayi sentiasa kering dan selesa.

Pampers ini saiznya agak besar dan mungkin agak nipis sedikit tetapi ia tidak mudah bocor.

Ia menerima respon positif daripada ibu-ibu yang pernah menggunakannya. Selesa dan boleh menampung keperluan.

Berdasarkan pengalaman para ibu, anggaran pemakaian adalah dalam 4-6 jam.

11 Fitti

jenama pampers fitti

Harga: RM19+

Lihat di Shopee

Fitti adalah jenama pampers yang dikeluarkan oleh syarikat yang sama dengan Petpet.

Kualitinya juga sama dengan petpet tetapi tampil dengan harga yang lebih murah.

Mempunyai kuasa serapan yang hebat, mampu menyerap sehingga 30x berat asalnya, memastikan kulit bayi sentiasa kering dan selesa.

Variasi untuk pampers jenis tape pula membolehkan kita membuka pita pelekat dan melekatkannya semula.

Jika bayi anda menggunakan pampers petpet, jenama Fitti juga pasti sesuai.

12 Mikubi

mikubi diapers

Harga: RM23+

Lihat di Shopee

Mikubi adalah jenama yang popular dikalangan ibu-ibu di Malaysia.

Jenama pampers ini digemari kerana harganya yang murah dan kualitinya yang sangat baik.

Rata-rata ibu pernah menggunakan jenama ini untuk bayi mereka menyatakan komen positif seperti serapan bagus, tidak bocor, berbaloi, tiada alegik atau rashes muncul.

Kadar permintaan juga agak tinggi jika dilihat dalam platform online shopping.

13 Besuper

besuper pampers

Harga: RM20+

Lihat di Shopee

Jenama pampers Besuper tampil dengan rekabentuk yang cantik dan berkualiti.

Besuper adalah produk pampers berkualiti yang di import daripada China dan mendapat sambutan daripada ibu-ibu di serata dunia.

Pampers ini bebas daripada bahan klorin, permukaan yang lembut, selesa dan selamat untuk kulit bayi.

Selain daripada kualiti dan harganya yang agak murah, para ibu menyukai Besuper kerana rekabentuknya yang cantik. Ala-ala pampers offspring.

14 Dry-Pro

pampers jenama drypro

Harga: RM23+

Lihat di Shopee

Pampers Dry-Pro adalah jenama tempatan yang menggunakan teknologi daripada Itali dan material yang di import dari luar negara.

Pampers Dry-Pro diperbuat 100% daripada bahan kapas semulajadi, menjanjikan kuasa serapan dan keselesaan penuh.

Dengan harga yang lebih mampu milik, pampers ini mendapat tempat dan komen positif daripada para ibu-ibu di Malaysia.

15 Bebimora

jenama pampers bebimora

Harga: RM28+

Lihat di Shopee

Bebimora adalah produk muslim yang mempunyai sijil Halal Jakim di Malaysia.

Pampers ini diperbuat daripada bahan bebas klorin, 100% wood fiber dan dijamin untuk penyerapan sempurna untuk keselesaan bayi.

Sesuai untuk semua jenis kulit.

16 BB kitty

pampers jenama bb kitty

Harga: RM35+

Lihat di Shopee

BB Kitty adalah jenama pampers berkualiti yang di import daripada China.

Disamping kuasa serapan yang baik, bahan yang berkualiti, BB kitty juga dihiasi dengan gambar maskot BB kitty membuatkan ia kelihatan lebih menarik.

17 Joydoll

jenama pampers joydoll

Harga: RM36+

Lihat di Shopee

Pampers Joydoll adalah pampers premium yang dicipta khas terutamanya untuk bayi yang berkulit sensitif.

Pampers ini dijamin 100% bebas daripada bahan klorin, tiada phosphorus atau paraben.

Ia juga bebas daripada bahan yang boleh menyebabkan alahan pada kulit bayi.

Pampers Joydoll direka agak nipis untuk tujuan keselesaan, tetapi dilengkapi dengan 6 lapisan penyerap air, double layer leak guard dan permukaan jenis honeycomb untuk memaksimakan kuasa penyerapan.

18 FirstDino

pampers jenama first dino

Harga: RM38+

Lihat di Shopee

Pampers jenama FirstDino adalah pampers berkualiti tinggi yang dicipta khas untuk bayi menggunakan teknologi dari Jepun.

Ciri-ciri utama pampers ini adalah ringan, tidak kedap udara dan sangat lembut.

Ia juga dijamin bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti klorin, formaldehyde, lead, arsenik dan merkuri.

Tiada pewangi tambahan, lembut pada permukaan dalam dan luar untuk memastikan keselesaan dan keselamatan yang terbaik untuk kulit bayi.

19 Besoo

jenama pampers besoo

Harga: RM39+

Lihat di Shopee

Besoo adalah jenama pampers yang mengandungi Camellia oil yang mana dipercayai dapat melindungi kulit bayi daripada rashes, kerengsaan dan pada masa yang sama menjadikan kulit bayi lebih sihat.

Rekabentuknya nipis untuk keselesaan, lembut, anti-bocor, 3D surface untuk membolehkan udara panas keluar, berdaya serapan tinggi dan dilengkapi dengan smart urine indicator.

Jenama pampers ini memang nampak premium sesuai dengan harganya.

20 Offspring

jenama pampers offspring

Harga: RM49+

Lihat di Shopee

Jenama pampers offspring tampil dengan rekabentuk stylish dan cantik. Semua yang terbaik untuk bayi disatukan dalam pampers ini.

Ia dilengkapi dengan dual-core teknologi yang mana memaksimakan kuasa serapan, bahan yang lembut, 2 lapisan leakguard, bebas daripada klorin, bahan pewarna berbahaya, bahan pewangi, dan getah.

Mematuhi standard U.S Consumer Product Safety Improvement Act of 2008 (16 CFR Part 1610).

Walaupun harga sedikit mahal, tetapi semua komen yang diterima daripada ibu-ibu sangat positif. Ia tergolong dalam pampers jenis first-class.

21 Bambo Nature

jenama pampers bambo nature

Harga: RM59+

Lihat di Shopee

Jenama pampers Bambo Nature adalah pampers premium yang di import daripada Denmark.

Mungkin ia adalah pampers GREEN terbaik, pampers jenis mesra alam.

Pampers ini bebas daripada bahan berbahaya seperti klorin, bahan penyebab alergik, logam berat, getah, PVC, bahan pewangi.

Ia juga mempunyai persijilan daripada Asthma & Allergy Association.

Kuasa serapan yang sangat baik, fleksibel, sangat lembut dan mempunyai aliran udara baik untuk memastikan bayi sentiasa selesa.

22 Beaba

jenama pampers beaba

Harga: RM59+

Lihat di Shopee

Jika anda mahu mencari pampers yang stylish, cantik dan tidak jemu mata memandang, jenama Beaba adalah pilihan yang terbaik.

Beaba adalah pampers unik bermutu tinggi terbaik untuk bayi anda.

Ia diperbuat daripada fiber yang mengandungi protein susu, yang mana dipercayai dapat mengurangkan alahan atau kerengsaan pada kulit bayi dan selanjutnya memastikan kulti bayi tidak terlalu kering.

Selain itu ia juga dilengkapi dengan teknologi seperti honeycomb design untuk serapan maksimum, double-lager leak-proof dan anti bakteria.

23 Einmilk

jenama pampers einmilk

Harga: RM79+

Lihat di Shopee

Einmilk, jenama pampers berkualiti paling nipis di pasaran.

Rekabentuk nipis ini dicipta khas untuk keselesaan maksimum bayi.

Meskipun nipis, pampers ini berupaya untuk menyerap sehingga 700ml air yang mana bersamaan dengan lebih 10 jam penggunaan.

Kualiti yang ditawarkan berpadanan dengan harga pampers ini.

 

Kongsikan jika post senarai jenama pampers ini membantu anda!

One Reply to “23 Jenama Pampers Terbaik di Malaysia [Updated 2023]”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *