6 Tips Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Berkerja

Tips Penyusuan Susu Bagi Ibu yang Bekerja

Bagaimana untuk tetap menyusukan anak secara ekslusif walaupun sibuk berkerja.

Penyusuan ibu memberi banyak manfaat pada ibu dan juga bayi.

Ia boleh mengurangkan risiko jangkitan, alergik, obesiti, diabetes dan lain-lain penyakit bada bayi.

Bagi ibu pula, ia boleh mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari, diabetes dan penyakit kardiovaskular.

Dalam masa yang sama, ia memberikan penjimatan dari segi perbelanjaan dan masa.

Namun kombinasi penyusuan susu ibu ekslusif dan ibu berkerja tidak semudah yang disangka.

Pasti ada saja kekangan yang perlu dihadapi.

Dalam post ini, kami kongsikan beberapa tips penyusuan susu ibu bagi ibu-ibu yang berkerja.

Semoga tips ini dapat membantu para ibu untuk lebih bersedia dan memastikan bayi anda dapat menerima susu ibu secara eksklusif.

Dalam post ini:

Teruskan membaca.

1 Mulakan proses mengumpul susu ibu seawal 2 minggu

sediakan stok susu ibu lebih awal

Mulakan proses pemerahan dan penyimpanan susu ibu seawal 2 minggu sebelum anda kembali berkerja.

Pastikan susu ibu tersebut diberikan label tarikh diperah.

Apabila anda mula menggunakan susu simpanan, gunakan yang tarikh terdahulu lebih dahulu.

Gunakan bekas penyimpanan yang boleh ditutup untuk menyimpan susu ibu.

Momhill mencadangkan anda guna bekas penyimpanan susu ibu seperti ini: Dr.Isla Baby Milk Storage Bag.

Semasa memasukkan susu ibu dalam bekas peyimpanan, pastikan terdapat ruang dibahagian atas, jangan penuhkan sepenuhnya.

Ini kerana susu ibu akan mengembang apabila membeku.

Untuk penyimpanan pula, jika anda nak gunakan dalam masa 1-3 hari, letakkan dalam peti sejuk dalam suhu 4 darjah celcius.

Jika anda nak simpan dalam masa yang lebih dari itu atau agak lama, simpan dalam ruang sejukbeku dengan suhu -18 darjah celcius atau kurang dari itu.

Susu ibu yang disejukbekukan boleh bertahan sehingga 6 bulan dengan kandungan kebaikkannya yang masih terjaga.

Sampai masa nak guna, susu ibu yang beku boleh dicairkan dengan meletakkan ia di ruangan bawah peti sejuk semalaman atau rendamkan dalam aliran air suam.

Jangan cairkan susu ibu menggunakan air panas atau micro wave kerana ia akan merosakkan kandungan susu tersebut.

Susu yang telah dicairkan tidak boleh dibekukan semula dengan tujuan untuk menyimpan.

Untuk pembacan lanjut tentang penyimpanan susu ibu, boleh rujuk sini: Peyimpanan susu ibu

2 Pilih pam susu yang bersesuaian dengan penggunaan

pilih pam susu yang sesuai dengan penggunaan

Ibu berkerja akan menggunakan pam susu dengan lebih kerap dalam masa yang agak terbatas.

Oleh itu, pemilihan pam susu haruslah bersesuaian dengan keadaan ibu dan tidak lupa juga keselesaan ibu semasa penggunaan.

Untuk ibu berkerja, dicadangkan untuk memilih pam susu dengan ciri-ciri berikut:

  • Double pump, pam 2 bahagian serentak, jimatkan masa
  • Bersaiz kecil, ringan dan mempunyai bateri built-in yang boleh dicas semula
  • Mudah disimpan, dibawa dan dibersihkan

Juga dicadangkan untuk pilih pam yang mempunyai pilihan cup yang bersesuaian dengan saiz payudara ibu dan juga pengawal kekuatan pam perahan/sedutan.

Antara pam susu yang terbaik adalah seperti: Malish Uno Double Rechargeable Double Electric Breast Pump

3 Cari pengasuh atau pusat jagaan yang menerima susu ibu

berbincang dengan pusat jagaan tentang penyusuan susu ibu

Sebelum memilih pengasuh atau pusat jagaan, pastikan pilihan anda dapat menerima dan bersetuju untuk memberi bayi susu ibu.

Bincang dengan jelas jadual penyusuan bayi dan juga apa-apa keperluan, langkah khas untuk bayi anda menyusu.

Kebanyakkan pusat jagaan atau pengasuh di Malaysia sedia maklum tentang perkara ini.

Contohnya, pusat jagaan berdaftar di Kuala Muda dimana mereka membantu para ibu untuk memberi label kepada botol susu ibu dan membenarkan para ibu untuk datang pada waktu rehat untuk menyusukan bayi mereka.

Setakat ini, tidak ada garis panduan khas berkenaan penyusuan susu ibu di pusat jagaan di Malaysia.

Akan tetapi, kita harus sedia maklum bahawa penyusuan susu ibu adalah polisi kebangsaan dan kerajaan Malaysia juga menggalakkan penyusuan susu ibu eksklusif untuk bayi berusia dibawah 6 bulan sehinggalah mencapai umur 2 tahu.

4 Susukan bayi sebelum dan selepas berkerja

ibu menyusukan bayi sebelum dan selepas berkerja

Susukan bayi sebelum anda pergi berkerja, selepas anda balik dari kerja dan sekerap mungkin ketika anda bersama-sama.

Tujuannya:

  • Untuk penghasilan susu ibu yang konsisten
  • Untuk mengelak masalah kesihatan pada ibu
  • Untuk menguatkan ikatan antara ibu dan bayi

Penyusuan yang teratur dapat menjamin penghasilan susu ibu yang konsisten dan dapat mengelakkan masalah seperti engorgement atau mastitis.

Engorgement

Engorgement adalah keadaan dimana payudara membengkak akibat terlebih penuh dengan susu dan cecair.

Ia akan membuatkan bahagian payudara menjadi keras membengkak, memberi kesan kepada bentuk puting payudara dan mengganggu aliran air susu.

Ini juga akan memberi kesan terhadap penghasilan air susu untuk hari-hari seterusnya.

Mastitis

Mastitis adalah jangkitan pada bahagian tisu payudara yang terjadi kesan daripada engorgement, saluran susu tersumbat dan permukaan puting yang merekah.

Ia menyebabkan kemerahan, bengkak, rasa panas dan sakit dikawasan yang terlibat dan juga didampingi oleh demam dan rasa sejuk.

Mastitis memerlukan bantuan perubatan seperti antibiotik untuk sembuh.

Menyusukan bayi juga dapat menguatkan ikatan antara ibu dan juga bayi.

Ia memberikan ketenangan fizikal dan juga emosi kepada ibu dan bayi, mengurangkan stres, anxiety (kebimbangan), menjadikan tekanan darah dan degupan jantung lebih stabil/normal.

5 Makan makanan sihat, minum air dan rehat secukupnya

makanan sihat untuk penyusuan susu ibu

3 perkara penting untuk penghasilan susu ibu yang terbaik – Makanan, air dan rehat.

Makanan dan minuman penting untuk ibu yang menyusukan bayi kerana ia membekalkan tenaga dan nutrisi yang diperlukan untuk menghasilkan susu dan untuk kesihatan ibu.

Ibu memerlukan 330 hingga 400 kalori lebih banyak dan 16 gelas air bagi memenuhi keperluan ini.

Jenis makanan yang disyorkan adalah jenus bernutrisi tinggi, seimbang dan pelbagai seperti:

  • Makanan berprotein tinggi – daging merah, telur, produk tenusu, sayur kacang dan juga makanan laut seperti ikan.
  • Bijiran penuh – oat, whole wheat bread, beras perang/merah
  • Lemak sihat – avokado, kekacang, olive oil
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, keju, yogurt, tofu dan sayur daun hijau
  • Makan berzat besi – Daging, telur, ikan, buah kering, ayam

Terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang harus dielakkan seperti:

  • Alkohol – Boleh masuk kedalam susu ibu, memberi kesan pada tumbesaran dan tidur bayi
  • Kafein – Boleh masuk ke dalam susu ibu, menjadikan bayi resah dan gelisah
  • Ikan tinggi merkuri – Seperti ikan jerung, ikan todak. Boleh merosakkan sistem saraf bayi
  • Makanan yang menyebabkan alerjik – Makanan penyebab harus dielakkan selepas bayi menunjukkan tanda alerjik
  • Makanan yang boleh mengubah rasa dan bau susu badan dan menyebabkan bayi tidak mahu menyusu – bawang putih, bawang, makanan berempah

6 Dapatkan bantuan daripada keluarga, rakan, golongan profesional atau kumpulan penyusuan

ibu jangan segan untuk dapatkan bantuan jika perlu

Jangan segan untuk meminta bantuan daripada ahli keluarga atau rakan yang mempunyai pengalaman lebih awal dari anda.

Begitu juga dengan golongan pengamal perubatan profesional dan kumpulan penyusuan susu ibu.

Mereka dapat memberikan anda nasihat, golongan dan juga tips-tips disaat anda memerlukannya.

Semoga tips penyusuan susu ibu ini bermanfaat bagi ibu-ibu yang berkerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *