25 Jenama Pampers Terbaik di Malaysia [Updated 2024]

jenama pampers terbaik

Senarai jenama pampers yang menjadi pilihan ibu-ibu di Malaysia.

Biasanya, sewaktu nak beli pampers ibu akan mengambil kira faktor seperti berikut:

  • Jenama pampers. Pampers yang dipilih dari jenama yang boleh dipercayai, kualiti baik dan mempunyai ciri-ciri keselamatan. Sesetengah jenama mempunyai ciri-ciri khas seperti wet indicators, leak-proof dan diperbuat daripada bahan mesra alam.
  • Size dan berat bayi. Pampers mempunyai pilihan saiz yang sesuai untuk saiz bayi dan berat bayi dan juga tidak mengakibatkan ketidakselesaan atau luka.
  • Jenis dan stail pampers. Pampers mempunyai pilihan jenis atau stail mengikut kesesuaian bayi dan pilihan ibu. 2 jenis pampers yang biasa kita lihat adalah jenis tape dan pants. Masing-masing ada kelebihan tersendiri.
  • Kuasa serapan dan kekerapan menukar. Pampers dipilih berdasarkan kekuatan dan kecepatan untuk menyerap. Selain itu berapa kerap kali penukaran juga diambil kira. Untuk keselesaan bayi dan juga kesenangan ibu.
  • Harga dan stok pampers di pasaran. Pampers dipilih berdasarkan harga yang mana ditentukan oleh status kewangan / bajet keluarga dan pampers tersebut mudah untuk didapatkan di pasaran.

Berdasarkan kajian kami, berikut merupakan jenama pampers terbaik yang menjadi pilihan para ibu.

Jadikan senarai ini sebagai rujukan anda.

Senarai jenama pampers terbaik di Malaysia

Ringkasan senarainya adalah seperti berikut:

Teruskan membaca untuk maklumat lebih lanjut.

1 Jenama Pampers

jenama pampers terbaik

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Pampers adalah jenama lampin pakai buang dan juga produk penjagaan bayi sejak tahun 1961 oleh Procter & Gamble. Merupakan jenama terkenal di 180 buah negara.

Antara kelebihan Pampers adalah:

  • Mampu menyerap dan bertahan sehingga 12 jam
  • Mempunyai lapisan khas yang membantu agar kulit bayi sentiasa kering dan sihat
  • Diperbuat daripada bahan lembut dan selamat untuk kulit bayi
  • Direka khas agar tidak tumpah @ tembus

Pampers ditawarkan pelbagai jenis mengikut umur. Antaranya seperti Swaddlers, Cruisers dan Baby Dry.

2 Jenama Huggies

jenama pampers huggies

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Huggies adalah jenama pampers dan juga produk penjagaan bayi yang diperkenalkan sejak tahun 1978 oleh Kimberly-Clark. Jenama ini terkenal di pasaran lebih daripada 100 buah negara.

Antara kelebihannya adalah:

  • Mampu bertahan sehingga 12 jam.
  • Mempunyai lapisan yang menyerap air @ basah untuk kulit bayi sentiasa kering dan sihat.
  • Diperbuat daripada bahan lembut dan selamat untuk kulit bayi
  • Direka khas agar tidak mudah tembus atau tumpah.

Antara variasi produk pampers yang ditawarkan adalah mengikut umur bayi seperti Little snugglers, Little Movers dan Huggies Nature Care.

Kadar harga murah daripada jenama Pampers.

3 Jenama Drypers

pampers jenama drypers

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Drypers dianggap sebagai pesaing utama Pampers untuk lampin pakai buang. Drypers diperkenalkan kali pertama pada tahun 1978 di Taiwan.

Antara kelebihannya adalah:

  • Diperbuat daripada bahan lembut dan menyerap untuk kulit yang sentiasa kering dan selesa.
  • Direka khas, elastik untuk sempit selesa, ketat tetapi selesa.
  • Mempunyai penunjuk khas apabila pampers penuh.
  • Bahagian pelekat, apabila dibuka masih boleh melekat semula dengan kuat.

Antara variasi produk drypers yang popular adalah seperti Drypers premium diapers, Drypers Active Fit Diapers dan Drypers Training Pants.

4 Jenama MamyPoko

jenama pampers mamypoko

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

MamyPoko adalah jenama pampers daripada Jepun yang mula diperkenalkan pada tahun 1983. Jenama ini terkenal di Jepun, China, India dan negara-negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Antara kelebihannya adalah:

  • Bahan yang lembut dan menyerap
  • Mempunyai penanda basah
  • Pelekat yang boleh diguna semula selepas dibuka
  • Rekabentuk tidak mudah tumpah / tembus
  • Bahan anti alerjik
  • Lulus ujian dermatology

Antara variasi produk drypers yang popular adalah seperti MamyPoko Pants Extra Dry Diapers, MamyPoko Air Fit Diapers dan MamyPoko Training Pants.

5 Jenama Merries

pampers jenama merries

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Merries adalah jenama pampers dari Jepun yang mula diperkenalkan pada tahun 1977 di jepun dan kemudiannya ke negara luar pada 1991.

Antara kelebihannya adalah:

  • Bahan yang lembut dan menyerap
  • Mempunyai penanda basah
  • Pelekat yang boleh diguna semula selepas dibuka
  • Rekabentuk tidak mudah tumpah / tembus
  • Bahan anti alerjik
  • Lulus ujian dermatology

Antara variasi produk drypers yang popular adalah seperti Merries Air Fit Diapers dan Merries Pants Diapers.

Anda boleh mencuba sampel percuma pampers merries disini.

6 Jenama Moony

pampers jenama moony

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Moony adalah jenama pampers dari Jepun yang terkenal dengan kualiti dan kelembutannya.

Antara kelebihannya adalah:

  • Bahagian dalaman yang lembut dan menyerap
  • Lapisan luar yang kalis tembus, tidak mudah tembus
  • Direka khas untuk muat rapat tetapi selesa
  • Bebas daripada bahan pewangi atau bahan kimia berbahaya

7 Jenama Goo.n

goon pampers

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Goo.n adalah jenama dari Jepun yang mula diperkenalkan pada tahun 1982. Salah satu daripada jenama pampers popular di Jepun dengan rekabentuk unik anti tembus.

Antara kelebihannya adalah:

  • Diperbuat daripada bahan yang sangat menyerap
  • lembut dan muat rapat selesa
  • Dilengkapi dengan lapisan penyerap kelembapan agar tidak ada kelembapan terkumpul pada kulit bayi
  • yang mana boleh menyebabkan masalah kulit
  • Rekabentuk unik tidak mudah tembus atau tumpah

Jenama ini mempunyai pelbagai jenis daripada untuk bayi yang baru lahir sehinggalah untuk potty training.

Harganya pula adalah setaraf dengan pampers-pampers lain.

8 Jenama Genki

jenama pampers genki

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Genki adalah pampers dari jepun yang mula diperkenalkan pada tahun 1979. Ia terkenal dengan produknya yang berkualiti dan sentiasa membawa pembaharuan.

Antara kelebihannya adalah:

  • Diperbuat daripada bahan yang sangat menyerap
  • lembut dan muat rapat selesa
  • Dilengkapi dengan lapisan penyerap kelembapan agar tidak ada kelembapan terkumpul pada kulit bayi yang mana boleh menyebabkan masalah kulit
  • Dilengkapi dengan penanda pampers penuh sebagai panduan masa untuk menukar pampers

Jenama ini mempunyai pelbagai jenis daripada untuk bayi yang baru lahir sehinggalah untuk potty training. Juga tampil dengan pelbagai style seperti style yang biasa, overnight dan juga yang untuk dipakai berenang.

9 Jenama Petpet

pampers jenama petpet

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Petpet adalah pampers jenama Malaysia yang mula diperkenalkan sejak tahun 2006. Merupakan jenama yang terkenal di Malaysia.

Para ibu menyukai pampers ini kerana kelembutan, keselesaan, kuasa serapan dan juga tidak mudah untuk tembus atau tumpah.

Para ibu juga mengatakan bahawa anak mereka dan mereka sendiri tidur lebih aman pada waktu malam dengan Petpet.

Antara kelebihannya adalah:

  • Permukaan yang lembut dan tembus udara agar kulit bayi sentiasa kering dan selesa
  • Bahagian menyerap yang besar, mampu bertahan sehingga 10 jam
  • Bahagian tepi yang tidak mudah bocor
  • Bahagian pinggang yang elastik untuk memastikan pampers muat rapat dan selesa

Harga pampers ini adalah pelbagai mengikut jenis, namun secara keseluruhannya adalah berbaloi dan mampu milik.

10 Jenama Diapex

pampers jenama diapex

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Diapex adalah produk pampers buatan tempatan iaitu daripada syarikat NTPM.

Review dari ibu-ibu mengatakan pampers Diapex cukup baik, kualiti elok, tidak pernah bocor, tidak terlalu ketat dan getah pinggang tidak mudah koyak.

11 Jenama Whoopee

pampers jenama whoopee

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Whoopee merupakan produk pampers yang dihasilkan menggunakan teknologi Jepun. Whoopee adalah sebahagian daripada Oji Holdings, peneraju industri pulp dan kertas di Jepun.

Pampers Whoopee jauh lebih murah jika dibandingkan dengan produk lain seperti drypers, huggies dan petpet tapi masih lagi mengekalkan kualiti yang sama.

Kebanyakkan ibu memilih pampers whoopee atas kualiti dan harganya.

12 Jenama SoftLove

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Sebenarnya jenama pampers softlove ini sudah ada dipasaran sejak tahun 1994 lagi.

Mungkin ada antara para ibu di Malaysia yang suda lama menggunakan produk ini.

Tarikan utama pampers jenama SoftLove adalah ianya murah tapi masih berkualiti. Harganya 50-60% lebih murah berbanding harga beg pampers yang biasa kita lihat (untuk yang jenis softlove standard)

Daripada komen yang diterima, mungkin daya ketahanan agak kurang sedikit. Terdapat juga komen menyatakan bahagian dalam agak kasar sedikit berbanding pampers lain. Berpatutan dengan harga.

Untuk penggunaan waktu siang dan kulit bayi biasa tiada masalah menggunakan produk ini.

13 Jenama Youli

jenama pampers youli

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Youli adalah pampers yang di import dari China dan boleh dimiliki dengan harga yang agak murah.

Pampers ini dilengkapi dengan 3d leak guards untuk mengelak kebocoran, lembut, mempunyai daya serapan yang tinggi untuk memastikan kulit bayi sentiasa kering dan selesa.

Pampers ini saiznya agak besar dan mungkin agak nipis sedikit tetapi ia tidak mudah bocor.

Ia menerima respon positif daripada ibu-ibu yang pernah menggunakannya. Selesa dan boleh menampung keperluan.

Berdasarkan pengalaman para ibu, anggaran pemakaian adalah dalam 4-6 jam.

14 Jenama Fitti

jenama pampers fitti

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Fitti adalah jenama pampers yang dikeluarkan oleh syarikat yang sama dengan Petpet.

Kualitinya juga sama dengan petpet tetapi tampil dengan harga yang lebih murah.

Mempunyai kuasa serapan yang hebat, mampu menyerap sehingga 30x berat asalnya, memastikan kulit bayi sentiasa kering dan selesa.

Variasi untuk pampers jenis tape pula membolehkan kita membuka pita pelekat dan melekatkannya semula.

Jika bayi anda menggunakan pampers petpet, jenama Fitti juga pasti sesuai.

15 Jenama Mikubi

mikubi diapers

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Mikubi adalah jenama yang popular dikalangan ibu-ibu di Malaysia.

Jenama pampers ini digemari kerana harganya yang murah dan kualitinya yang sangat baik.

Rata-rata ibu pernah menggunakan jenama ini untuk bayi mereka menyatakan komen positif seperti serapan bagus, tidak bocor, berbaloi, tiada alegik atau rashes muncul.

Kadar permintaan juga agak tinggi jika dilihat dalam platform online shopping.

16 Jenama Besuper

besuper pampers

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Jenama pampers Besuper tampil dengan rekabentuk yang cantik dan berkualiti.

Besuper adalah produk pampers berkualiti yang di import daripada China dan mendapat sambutan daripada ibu-ibu di serata dunia.

Pampers ini bebas daripada bahan klorin, permukaan yang lembut, selesa dan selamat untuk kulit bayi.

Selain daripada kualiti dan harganya yang agak murah, para ibu menyukai Besuper kerana rekabentuknya yang cantik. Ala-ala pampers offspring.

17 Jenama Dry-Pro

pampers jenama drypro

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Pampers Dry-Pro adalah jenama tempatan yang menggunakan teknologi daripada Itali dan material yang di import dari luar negara.

Pampers Dry-Pro diperbuat 100% daripada bahan kapas semulajadi, menjanjikan kuasa serapan dan keselesaan penuh.

Dengan harga yang lebih mampu milik, pampers ini mendapat tempat dan komen positif daripada para ibu-ibu di Malaysia.

18 Jenama Bebimora

jenama pampers bebimora

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Bebimora adalah produk muslim yang mempunyai sijil Halal Jakim di Malaysia.

Pampers ini diperbuat daripada bahan bebas klorin, 100% wood fiber dan dijamin untuk penyerapan sempurna untuk keselesaan bayi.

Sesuai untuk semua jenis kulit.

19 Jenama BB kitty

pampers jenama bb kitty

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

BB Kitty adalah jenama pampers berkualiti yang di import daripada China.

Disamping kuasa serapan yang baik, bahan yang berkualiti, BB kitty juga dihiasi dengan gambar maskot BB kitty membuatkan ia kelihatan lebih menarik.

20 Jenama FirstDino

pampers jenama first dino

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Pampers jenama FirstDino adalah pampers berkualiti tinggi yang dicipta khas untuk bayi menggunakan teknologi dari Jepun.

Ciri-ciri utama pampers ini adalah ringan, tidak kedap udara dan sangat lembut.

Ia juga dijamin bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti klorin, formaldehyde, lead, arsenik dan merkuri.

Tiada pewangi tambahan, lembut pada permukaan dalam dan luar untuk memastikan keselesaan dan keselamatan yang terbaik untuk kulit bayi.

21 Jenama Besoo

jenama pampers besoo

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Besoo adalah jenama pampers yang mengandungi Camellia oil yang mana dipercayai dapat melindungi kulit bayi daripada rashes, kerengsaan dan pada masa yang sama menjadikan kulit bayi lebih sihat.

Rekabentuknya nipis untuk keselesaan, lembut, anti-bocor, 3D surface untuk membolehkan udara panas keluar, berdaya serapan tinggi dan dilengkapi dengan smart urine indicator.

Jenama pampers ini memang nampak premium sesuai dengan harganya.

22 Jenama Offspring

jenama pampers offspring

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Jenama pampers offspring tampil dengan rekabentuk stylish dan cantik. Semua yang terbaik untuk bayi disatukan dalam pampers ini.

Ia dilengkapi dengan dual-core teknologi yang mana memaksimakan kuasa serapan, bahan yang lembut, 2 lapisan leakguard, bebas daripada klorin, bahan pewarna berbahaya, bahan pewangi, dan getah.

Mematuhi standard U.S Consumer Product Safety Improvement Act of 2008 (16 CFR Part 1610).

Walaupun harga sedikit mahal, tetapi semua komen yang diterima daripada ibu-ibu sangat positif. Ia tergolong dalam pampers jenis first-class.

23 Jenama Bambo Nature

jenama pampers bambo nature

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Jenama pampers Bambo Nature adalah pampers premium yang di import daripada Denmark.

Mungkin ia adalah pampers GREEN terbaik, pampers jenis mesra alam.

Pampers ini bebas daripada bahan berbahaya seperti klorin, bahan penyebab alergik, logam berat, getah, PVC, bahan pewangi.

Ia juga mempunyai persijilan daripada Asthma & Allergy Association.

Kuasa serapan yang sangat baik, fleksibel, sangat lembut dan mempunyai aliran udara baik untuk memastikan bayi sentiasa selesa.

24 Jenama Beaba

jenama pampers beaba

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Jika anda mahu mencari pampers yang stylish, cantik dan tidak jemu mata memandang, jenama Beaba adalah pilihan yang terbaik.

Beaba adalah pampers unik bermutu tinggi terbaik untuk bayi anda.

Ia diperbuat daripada fiber yang mengandungi protein susu, yang mana dipercayai dapat mengurangkan alahan atau kerengsaan pada kulit bayi dan selanjutnya memastikan kulti bayi tidak terlalu kering.

Selain itu ia juga dilengkapi dengan teknologi seperti honeycomb design untuk serapan maksimum, double-lager leak-proof dan anti bakteria.

25 Jenama Einmilk

jenama pampers einmilk

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Einmilk, jenama pampers berkualiti paling nipis di pasaran.

Rekabentuk nipis ini dicipta khas untuk keselesaan maksimum bayi.

Meskipun nipis, pampers ini berupaya untuk menyerap sehingga 700ml air yang mana bersamaan dengan lebih 10 jam penggunaan.

Kualiti yang ditawarkan berpadanan dengan harga pampers ini.

Kongsikan jika post senarai jenama pampers terbaik ini membantu anda!

Bacaan tambahan: Senarai Sample Pampers Percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *